Tuesday 18 June 2013

PIXAJOY


ABADIKAN DETIK- DETIK KENANGAN ANDA BERSAMA KELUARGA DAN INSAN-INSAN TERSAYANG BERSAMA PIXAJOY


Thursday 23 May 2013

Yeahhhh CUTI SEKOLAH

25/5/2013 Cuti sekolah bermula .......;-) Selamat Cuti Sekolah Kepada anak-anak ku semoga masa cuti ini digunakan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran kepada kakak yang akan menduduki UPSR dan kepada adik2 Nurbatrsiyia & Nurairiszara Jangan Main jeaaa.... APA-APA PUN HAPPY HOLIDAY kepada semua kalau ada yang akan pergi bercuti dan pulang ke kampong berhati-hati di jalan raya ... jaga keselamatan diri dan keluarga semoga selamat pergi dan balik ye.... 


Wednesday 22 May 2013

Doa Seorang Isteri


Ya Allah
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu’atun ‘Ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insn lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharugi ujianMu

Ya Allah Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin..

Sabar Seorang Isteri


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

salam semua

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”

Menjadi seorang isteri….kepada insan yang disayangi…..idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

“Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu.”

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri. Berilah kesedaran kepada suamiku , betapa diri ini menyintai dirinya sepenuh jiwa , mendambakan dia agar berubah dan terus memperbaiki diri demi ikatan yang utuh ini .

Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan itu Ya Allah.


Perkongsian di pagi Khamis


Jom sama-sama kita perbetulkan Khusyuk ketika membaca Doa semoga doa kita sampai dan di makbulkan oleh ALLAH SWT InsyaALLAH.

Tuesday 21 May 2013

Aurat Wanita ...


Siapakah ustaz yang tersohor itu?


6 Pesanan Untuk Wanita


1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
dalam hati kita dan mudah nak amalkan.



Amanah dari ALLAH


Kisah Sedih Dan Pilu Di Kantin Sekolah....


Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..

Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.

P/S : Mereka yang pernah merasai betapa peritnya hidup dalam kefakiran, akan mempunyai jiwa yang kental untuk menempa kejayaan. Go Amira Go !! Fighting !!
cerita diambil ini daripada :
 Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim 



Monday 20 May 2013

AJARKAN WALAU SEPOTONG AYAT





MATHS CATCH




Selepas Tajuk UPSR saya nak Kongsikan Tajuk Maths Catch http://www.maths-catch.com/tuisyen.html ... Why Maths Catch ... sebabnya anakandaku Nursyazwin Dayana mengikuti Tuisyen di sini ..Wah Promosi la pulok kan .. tak pa Sharing is Caring  betul x ... Alhamdulilah dengan rezeki yang ALLAH kurniakan dapat juga menghantar anakanda ku ke pusat Tuisyen MATEMATIK ini ... khas untuk Subject MATEMATIK je tau ... subject lain tak ada kene pergi kelas di tempat lain CUMA ...Kelas SAINS baru sahaja di wujudkan atas permintaan Murid dan Ibu bapa ... tetapi hanya kelas peperiksaan UPSR sahaja ..Terima Kasih pihak pengurusan Maths Catch menyediakan guru sains untuk pelajar UPSR.

Mengikut Testimoni Ibu Bapa yang menghantar anak-anak ke Pusat Tuisyen ini pada tahun-tahun yang lepas keptusan anak-anak mereka amat memberangsangkan mana tidak nya yang tak pernah lulus Matematik Boleh dapat C yang dapat C boleh dapat kepetusan Cemerlang  A dalam UPSR .. atas sebab keterujaan itu dan sedikit kaji selidik yang di jalankan saya bersetuju menghantar Kakak ke situ untuk memantapkan lagi Ilmu MATEMATIK nya ;-)

ANTARA FACEBOOK TESTIMONI MATHS CATCH YANG INGIN DI KONGSIKAN :





Jika ada ibu bapa yang membaca blog saya ini dan berminat menghantar anak-anak ke Maths Catch boleh la hubungi mereka melalui link yang telah saya berikan di atas. semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu-bapa yang masih mencari-cari Pusat tuisyen untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan dan usaha yang kita lakukan untuk anak-anak InsyaAllah akan mendapat ganjaranya nanti ...

UPSR




Selamat pagi pembuka bicara .. ;-) semoga apa jua yang kita lakukan diberkati oleh ALLAH mesti semua tertanya-tanya kenapa tajuk pagi-pagi hari ni UPSR .....adakah sbb saya nak ambil peperiksaan UPSR tu kan ..hehehehe jawapan nya tidak ..dah Tua tak layak sama sekali .... tajuk nie di ambil sempena Anakanda Ku Nursyazwin Dayana akan menduduki UPSR dalam masa 112 hari lagi   ... dup .. dap .. dup ... dap... dup... dap.. jantung  "Kakak, Umi pulak rasa berdebar bila kakak nak ambil UPSR" Nursyazwin @ Kakak adalah anak sulung daripada 3 orang my Princess ... anak harapan Umi dan Ayah dan contoh kepada Adik-adiknya. InsyaALLAH

Selain UPSR kakak juga akan menduduki peperiksaan PSRA di sekolah agama pada tahun ini dan umi harap kakak dapat buat yang terbaik agar cita-cita kakak untuk memasuki sekolah berasrama penuh tercapai umi dan Ayah sentiasa mendoakan kejayaan Kakak. Antara Sekolah-sekolah yang kakak minat dan senarai sekolah yang dah di dalam senarai umi ialah Sekolah Bina Insan atau SBI http://sbi2013.blogspot.com/, Sekolah IQKL www.iqkl.com.my/ , SEPINTAR di Rawang www.sbpirawang.com/ dan beberapa sekolah Agama dan Maahad Tahfiz Integrasi.

Saya berazam dan sentiasa berdoa kepada ALLAH agar dipermudahkan jalan untuk mengantar kakak ke sekolah agama dan Tahfiz, agar kakak menjadi seorang Hafizah suatu hari nanti ..AMIN .. selain menjadi seorang hafizah kakak juga bercita-cita menjadi seorang Doktor Gigi . AMIN .. dengan syarat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keputusan cemerlang 5A dalam UPSR ......  dan kakak pernah cakap pada umi untuk jadi sorang Doktor Muslimah satu hari nanti  ..nak tahu siapa Idola kakak ...dan juga idola Umi nya ;-) tak lain tak bukan DR MUHAYA MOHAMAD drmuhaya.blogspot.com/ kami sangat tertarik kepada Prof Muhaya dari cara bercakap dan keperibadiannya, Kerjaya, akhlak dan keluarganya yang bahagia yang penting seorang Doktor Muslimah.

Peperiksaan adalah sebagai certificate kepada kakak untuk mencorakkan masa depan kakak. umi dan Ayah menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, umi dan Ayah tidak putus berdoa untuk kakak Cemerlang dalam peperiksaan dan Menjadi Hamba ALLAH yang bersyukur, tidak lalai dan anak yang Solehah Aminnn.





Sunday 19 May 2013

TERIMA KASIH CIKGU







Selamat hari guru kepada semua pendidik, terima kasih guru kerana telah mendidik diriku menjadi Insan yang beguna dan menjadi ibu yang baik ...masa dan zaman telah berlalu sekarang tiba masa nya kau mendidik anak-anak ku pula ..TERIMA KASIH GURU semoga ilmu yang dicurahkan kepada anak-anak ku dapat digunakan di dunia dan Akhirat... 


Friday 17 May 2013

AJAIBNYA TANGAN IBU....


Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran, 
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...

Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)



Tuesday 14 May 2013

Cukupkah Bekalan ....





FIRST BEGINNING




I guess it's time to start my own blog and I should keep all my memories with my kids and family and also travelogue for all the places we have visited and any elapse event.